Friday, January 22, 2010

Bahan- Bahan Terpilih Dalam Smart Coco A+ & Jus Al Khaira

Serbuk Koko
Buah koko telah dijumpai di Amazon, South Amerika beribu tahun yang lalu. Sejak itu, koko adalah makanan atau minuman berkhasiat yang telah banyak dinikmati dan disukai oleh semua peringkat umur. Koko mengandungi polyphenois dan filavanois yang menjadi agen kuat kepada antioksida. Antara potensi khasiat koko adalah:
1) Mengurangkan risiko penyakit sistem peredaran & penafasan
2) Meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dari LDL.
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung.
4) Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi
5) Tidur malam yang nyenyak.

Kismis
Kismis adalah makanan dan manisan semulajadi. Ianya adalah sumber yang baik untuk fiber, vitamin & mineral seperti Vitamin B, Kalsium, Potasium, dan zat besi. Kismis juga adalah antioksida yang baik untuk melambatkan proses penuaan. Kismis mempunyai kandungan fruktos yang tinggi dan tidak mengandungi bahan pengawet. Kismis juga dikatakan makanan yang baik untuk minda.

Madu
Madu adalah sebagai pemanis dan bahan ubatan semulajadi yang telah digunakan berkurun lamanya dan ada disebut di dalam Al-Quran. Sejarah ada menyatakan yang madu banyak digunakan sebagai penawar di zaman silam Mesir. Madu juga dapat menambah tenaga dan meningkatkan stamina, serta menguatkan badan selepas sakit atau ketegangan. Ia juga bersifat menenangkan dan membantu mendapatkan tidur yang nyenyak.

Antara khasiat-khasiat madu yang lain adalah :
1. Sebagai antioksida dan baik untuk kecantikan kulit.
2. Anti fungi dan anti bakteria.
3. Membaik pulih tisu badan dan menjaga tahap kalsium dalam badan.
4. Melegakan sakit perut, penyakit-penyakit dalaman serta membantu sistem pernafasan yang sempurna.
5. Meningkatkan daya ketahanan badan.

Gingko Biloba
Gingko adalah spesis pokok tertua di dunia. Di Eropah dan Amerika Syarikat, makanan tambahan dari gingko adalah bahan herba yang tinggi jualannya termasuk. Gingko secara tradisional digunakan untuk mempertingkatkan daya ingatan, konsentrasi minda dan memperbaiki sistem peredaran darah di dalam badan. Gingko juga mengandungi 2 jenis antioksida iaitu flavanoids & terpenoids yang dapat mengurangkan atau menghalang radikal bebas dalam badan yang dipercayai menjadi penyebab penyakit seperti sakit jantung, kanser dan penyakit alzheimer.

Delima
Salah satu dari buah yang terawal di dunia (seawal 4000 sebelum Masihi). Al-Quran ada menyebut delima adalah buah dari taman di syurga (55:68). Ia terus menjadi lambang kesuburan dan kesihatan. Ada sesetengah pihak menganggap ia adalah ‘buah ajaib’ kerana dapat membantu imunisasi badan daripada pelbagai penyakit dan juga kaya dengan antioksida dan nutrisi yang dapat membantu mengekalkan keremajaan.

Kurma
Kurma adalah makanan seimbang yang baik untuk penghadaman makanan. Ia mampu memberi tenaga kepada badan manusia yang lesu dan baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin. Khasiatnya adalah tidak terkira dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tumbesaran otot. Ia dapat membantu penyakit sembelit, penyakit usus dan masalah jantung.

Buah Tin
Adalah juga buah terawal sejak 60 Masihi. Buah tin mempunyai kemanisan semulajadi dan serat yang tinggi yang dapat membantu system pencernaan. Ia mengandungi vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium dan potassium yang penting untuk mengawal darah dan tahap kolestrol serta tahap alkali yang seimbang dalam badan.

Badam
Kajian ada menunjukkan badam adalah baik untuk kesihatan dan kaya dengan serat, vitamin, mineral, antioksida dan phytochemical. Badam juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol, bernutrisi, dapat menguatkan otot dan kecerdasan, mencantikkan dan memutihkan kulit serta memperbaiki daya penglihatan.

Aloe Vera
Aloe vera adalah bahan yang terkenal kerana banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk banyak penyakit seperti kencing manis, meningkatkan kandungan oksigen dalam darah di badan, mengurangkan kesakitan bengkak dan arthritis. Di dalam aloe vera terdapat komponen seperti polysaccharides, mannan dan lectin yang berkesan untuk membaikpulih luka dan kulit terbakar. Ia juga dapat mencantikkan kulit.

Gamat
Gamat adalah spesis haiwan laut terkenal dengan keajaibannya untuk membaikpulih luka dalaman dan luaran, ulser, sakit dada, sakit tekak, selsema dan kulit terbakar. Ia banyak digunakan oleh pesakit selepas pembedahan dan wanita selepas bersalin. Gamat telah diketahui mengandungi sel-sel untuk pertumbuhan yang baru dalam sel badan tulang, kolagen dan menyegarkan badan serta melembutkan kulit. Ia kaya dengan chondoritins, mucopolsaccharids dan lain-lain nutrisi seperti protein, vitamin A, C dan mineral.

Minyak Zaitun
“Di atas buah tin dan zitun, dan Gunung Sinai” (Surah Al-Tin, 95:1-2). Istimewanya buah zaitun sehingga disebut di dalam Al-Quran, menunjukkan keunikan buah ini. Negara-Negara di sekitar laut Mediterranean seperti Greek, Itali dan Sepanyol tahu tentang khasiat minyak zaitun ke atas tahap kolestrol yang tinggi dalam darah, system pernafasan, penyakit jantung, sakit telinga, sembelit, sakit perut, kulit yang kering dan berkedut, serta mengurangkan risiko penyakit batu dalam hempedu.

Pegaga
Pegaga dapat menyegarkan otak dan system saraf dan dapat membantu mengekalkan keremajaan dan awet muda. Ia juga dapat membantu kesegaran badan, melawan rheumatism, mempertingkatkan daya konsentrasi dan perjalanan darah.

Diharap dengan keterangan di atas dapat membantu anda memahami mengapa makanan dan buah-buahan ini dipilih untuk dijadikan ramuan sama ada dalam Smart Coco A+ mahupun Jus Al Khaira.

Sila hubungi kami sekarang untuk membuat pesanan anda.

Email: adminsmartcoco@gmail.com
Tel: 019 729 5198

No comments:

Post a Comment